Ini resepi ku seterusnya....asam pedas ikan tenggiri !!! pasti semua orang suka masakan ini !!! hmmmm hingga menjilat jari.... ok disini umi akan turunkan resepinya....
2/3 keping ikan tenggiri atau ikan merah
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (holand)
4 hirisan halia
4 hirisan kunyit hidup
3-4 biji cili padi atau 2 biji cili hidup (jika suka)
2 batang serai
3 sudu besar cili boh/cili kering yg dimesin
2 biji tomato (dibelah empat)
6 biji bendi
2 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan (jika suka)
3-4 biji cili padi
sedikit air asam jawa
sedikit belacan.
caranya:
(mulakan dengan kalimah Bismilahhirohmanirahim... dan selawat 3 kali)
1, Ikan dibersih sebersihnya supaya tidak berbau hanyir.
2. bawang merah, bawang putih, hiliran halia, kunyit, 1 btg serai dimesin halus.
3. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, kemudian masukkan bahan yg dimesin.
4. Kacau hingga nampak kekuningan, kemudian masukkan pula cili boh, kacau lagi hingga
cili betul2 naik minyak dengan kepanasan yg sederhana.
5. Ok...selepas tu, masukkan pula air asam jawa dan belacan. Kacau lagi.
6. Masukkan air secukupnya (jika suka pekat masukkan sedikit air saja n jika suka kuahnya byk
masukkan air lebih...senang kan!!!..tapi umi suka agak pekat sikit.
7. Bila air dah mengelegak...masukkan ikan !!!
8. Selepas tu,,, masukkan bawang besar yg dah dibelah empat, bendi, tomato, daun kesom, bunga kantan,
serai yg dah diketuk dahulu, cili padi/cili besar (jika suka lebih pedas)
9. akhirnya masukkan garam, gula n serbuk perasa (bagi yg suka) n masaklah sehingga ok
10. Hmmmm...lps tu rasalah.....kalau dah ok...angkat dan hidangkan untuk family tercinta !!!!
0 comments:
Post a Comment