728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 5 February 2014

    Alhamdulillah...1 bulan di tempat kerja baru.

    Ingat-ingat lah anak2 ku
    Inilah lumrah hidup...


    Amalan dalam mencari ketenangan..

    Bersikap jujur dan ikhlas lah dalam menjalani hidup ini...


    Rindunya aku untuk melangkah ke sini lagi.......


     Bismilahhirohmanirahim.......

    Hari ini sudah sebulan aku bertugas di tempat baru...SK Bukit Petiti.   Walau pun baru hanya sebulan.......aku telah berusaha memberi khidmat yang terbaik yang termampu olehku.... Aku telah melaksanakan bagi bulan Januari ini....

    1. Memungut wang sewa kantin Januari 2014 dan bank in ke bank..menyiapkan resit untuk penyewa,
    2. Membuka buku tunai KERAJAAN dan SUWA dengan mencatat baki terakhir tahun 2013,
    3. Mengemaskini guru-guru yang belum dan tamat tempoh Laporan Harta.
    4. Mengemaskini dan menyusun semua fail diri guru-guru dan menyalin semula kulit fail ROSAK.
    5. Menyiapkan KEW 320  gaji bagi bulan FEBRUARI dengan perubahan penberhentian KWSP dan    pemberhentian potongan TAKAFUL MALAYSIA,
    6. Membuat KEW 8 pemberhentian KWSP guru Bahasa Inggeris untuk 2 orang guru,
    7. Memyediakan baucer bayaran untuk untuk pembayaran Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia       dan  meyiapkan cek yang bernilai RM............. (rahsia).
    8. Menyiapkan KEW PA 8 untuk pengiraan jumlah nilaian dan jumlah Kad bermula tubuh sekolah sehingga
        tahun 2013 - INVENTORI DAN HARTA MODAL...( Adusss..peningnya cari maklumat ini)..tp tetap
        siap dalam jangka masa yang dikehendaki oleh PPD
    9. Menyiapkan tuntutan bayaran UTILITI  bagi bulan Disember 2013 ke PPD KTRG.
    10. Menguruskan pertukaran murid.
    11. Menyiapkan surat2 lampiran untuk ke PPD, JPNT dan lain-lain agensi lain.
    12. Menyemak data HARMIS - laporan PERKHIDMATAN.
    13. Mengadakan Mesyuarat Kewangan kali 1 tahun 2014 dan menyiapkan minit mesyuarat.
    14. Menyediakan surat lantikan AJK Kewangan untuk 8 orang guru bagi tahun 2014
    15. Menyedaikan surat lantikan Audit Dalam bagi tahun 2014 dan surat kuasa memungut wang.
    16. Mengendalikan sistem ePangkat
    17. Menutup penerimaan dan pembayaran buku Tunai Wang Kerajaan dan Suwa bagi bulan Januari
    18. Membuat laporan SMAS - ke Kementerian Pendidikan Malaysia
    19. Menyiapkan Penyata Cuti dan GCR untuk semua guru untuk tahun 2013 dan hantar ke PPD K.TRG
          untuk di rekodkan dalm BRP. dan menyediakan KAD bagi mencatat cuti bagi tahun 2014
    20. Mencatat minit-minit fail pejabat yang belum di catat sebelum ini.
    21.Mengorder barang2 keperluan sekolah dari pembekal.
    22. Menyediakan fail-fail berkaitan kewangan - Penyata Penyesesuaian Bank, Fail-fail Baucer Bayaran
    23. Hari ini...menyiapkan gaji KEW 320  bagi bulan Mac 2014...2 orang perubahan GAJI.
    24.MACAM2 LAGIIII...

    Banyak kan !!!!...itu bagi bulan Januari sajeee.... entah lah untuk seterusnyaaaaaaa......

    Itu pun kadang-kadang gi juga kerja hari Sabtu untuk 2 hingga 3 jam...untuk menyiapkan kerja yg hendak cepat disiapkan..........

    Kalau mampu teruskan...teruskan !!!! kalau rasa tertekan ..aku akan isi borang..TERUS BERPENCEN..
    hehehe.... Tapi walau pun kerja banyak..rasa Happy juga bekerja di SEKOLAH RENDAH niiii.....


    FEBRUARI BERMULA...

    1. Memproses elaun keraian Guru Besar - bagi bulan Januari 2014.
    2. Memyiapkan tuntutan manual bonus bagi staf yang sudah berpencen - menyediakan baucer dan perkiraan.
        untuk dihantar ke PPD.
    3. Tutup buku tunai bagi bulan Januari 2014..akaun kerajaan/suwa.
    4. Buat penyata penyesuain bank.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Alhamdulillah...1 bulan di tempat kerja baru. Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top